Thursday, December 6, 2007

SPM 2007 Selesai

Salam,

6 Disember 2007... Berakhir sudah peperiksaan SPM 2007.. salah satu peperiksaan utama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Berdoa, berusaha sungguh-sungguh sudah dilakukan.. sekarang waktu untuk bertawakal.. menyerahkan kepada Allah untuk berikan yang terbaik untuk adik-adik. Mudah-mudahan keputusan yang bakal diterima akan membuka ruang yang lebih luas untuk adik-adik semua meneruskan kesinambungan hidup.

wassalam
ust mokmin

Sunday, November 11, 2007

Selamat Menjalani Peperiksaan SPM

Salam,
Ust dan semua warga Mutiara Hikmah mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta Program Hijrah Ilmu SPM 2007. Mudah-mudahan Allah memberikan ketenangan, diterangkan hati, dimudahkan dan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2007.

ust mokmin

Thursday, November 8, 2007

Assalamualaikum




Salam.Dah lama kita tak bertemu.. di sini abg Nassir ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga bersedia utk menghadapi SPM yg tinggal 2-3 hari lagi. Adalah tidak digalakkan utk belajar last minute,namun kita boleh rujuk dgn pantas nota2 kaki ataupun membuat rujukan dgn guru dirumah mahupun ditusyen.

Tiada apa lagi yg abg ingin katakan,cuma buatlah yg terbaik pada peperiksaan kali ini.Abang2 dan kakak2 di Mutiara Hikmah insyaAllah akan sentiasa mendoakan kejayaan adik2 semua.. Semoga Berjaya!!
















Monday, November 5, 2007

Seminggu Lagi

Assalamualaikum,

12 hb Nov 2006, yang tidak beberapa hari lagi akan menjadi sejarah kepada adik-adik semua. Ustaz doakan mudah2an detik tersebut akan menjadi detik permulaan kepada kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2007!!!

Moga dipermudahkan, diterangkan hati dan dapat menjawab dengan terbaik.

wassalam

salam maju jaya dari ustaz

ust mokmin

Wednesday, October 31, 2007

Selawat kepada Rasulullah

Salam,

Ust mengakui waktu-waktu macam ni macam2 perasaan timbul. Kadang rasa ok, kadang rasa seram pun ada, kadang rasa konfident pun ada.. macam2 lah.. cuba amalkan selawat kepada Rasulullah. macam dalam tahayat akhir tu.. selawat banyak-banyak, insyaAllah Allah akan mudahkan..

ust mokmin

Sunday, October 28, 2007

Teknik 7

Doa

Tips ketujuh untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan. Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Saya letakkan teknik ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini. Teknik ini ialah doa yang khusus.

Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percaya doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika anda tidak bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.

Hari ini, saya berikan lima perkara asas dalam melafazkan doa. Asas ini saya pelajari daripada ustaz saya semasa saya berada di Tingkatan 1 dulu. (Lama dah tu ) Perkara asas ini seperti lima jari anda.

Setelah anda tahu 5 asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5 asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.

Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harapnya anda belum penat lagi )

Langkah satu

Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca. Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri.

Langkah kedua

Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara. Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu gagal lagi”. Jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz “aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A….”

Langkah ketiga

Bayangkan apa yang anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, bayangkan bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan situasi itu semua dengan jelas.

Langkah keempat

Rasakan apa yang anda bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A dalam peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu gembira hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda melompat-lompat di tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua terpulang kepada anda. Tetapi, semakin kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.

Langkah kelima

Yakin dengan izin Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin Allah. Anda perlu bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda ini akan termakbul.

Selamat berdoa.

Teknik 6

Kurangkan Tekanan Perasaan

Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi?

Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat secara mental dan saya percaya ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan.

Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini ? Maksud saya, apakah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan?

Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan tekanan perasaan itu………… (3 minit dari sekarang……………..)

(……..anda sudah tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)

Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai anda?

Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang baik.

Apakah kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan bagi ‘pembayang’. Kesan positif tekanan perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya ya? Fikirkan…….

Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.

Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.

Satu perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.

Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.

Begitu juga dengan tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.

Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah: Ayat 5-8,

“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau bermohon.”

Sabda Rasulullah S.A.W., “...dan ketahuilah bahawa kemenangan itu akan terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan.” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah dan sabda Rasulullah ini sahaja sudah cukup untuk memberi kita ketenangan kerana sudah ada jaminan bahawa setiap kesukaran dan kesulitan yang kita lalui pasti akan diberi ganjaran lain dalam bentuk kesenangan dan kemudahan.

Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.

Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan

Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.

Saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ‘masa aktif’.

Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!

Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? Maksud saya, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. Kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ anda itu.

Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pada waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.

Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?

Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan perasaan.

Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.

Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan bertuah. Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.

Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda rasa.

Mutiara Kata

Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~

Seperti yang telah kita bincangkan tadi, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.

Satu lagi kaedah yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).

Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.

Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.

Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.

Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 - kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.

Selamat mencuba.

Teknik 5

Lakonkan Watak Kejayaan

Teknik yang kelima in adalah agak penting. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, jika anda hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!

Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon.

Anda perlu duduk seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar, bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.

Berlakon yang anda juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar. Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar dan mengulangkaji.

Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.

Saya faham, selalunya tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali anda mahu belajar. Lama- kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar paling pintar di Malaysia.

Anda juga perlu ingat bahawa melakonkan watak kejayaan adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran memerlukan latihan dan pengulangan. Sama seperti belajar menunggang basikal di mana anda perlu terus berlatih hingga anda berjaya menunggang tanpa jatuh, anda juga perlu berlatih melakonkan watak kejayaan hingga anda rasa selesa dan percaya sebenar-benarnya bahawa anda adalah orang yang berjaya.

Selamat mencuba.

Teknik 4

Mulakan dengan api yang kecil

Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.

Ada dua kaedah utama untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.

1. Menguasai satu bahagian kecil subjek

2. Mencari faktor atau perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.

Kaedah pertama

Biasanya, anda tidak bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai dalam subjek tersebut. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak suka subjek itu. Kalau ada masa lapang, anda pasti akan ulangkaji subjek yang anda lebih suka dan pandai, bukan subjek bahasa Inggeris. Untuk menaikkan minat dan motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda tidak pandai ini ialah, pilih hanya satu bahagian kecil yang boleh anda kuasai.

Anda tidak boleh kuasai Bahasa Inggeris dengan sekelip mata. Anda tahu banyak benda yang anda tidak tahu, jadi ini akan melemahkan semangat anda. Jadi, apa yang patut anda buat sekarang, cari satu bahagian kecil dalam Bahasa Inggeris yang anda mahu kuasai. Contohnya, anda mahu kuasai perkara asas dahulu, apakah perbezaan antara Noun dan Verb. (jika anda rasa ini mudah, jangan terkejut jika saya kata saya jumpa terlalu ramai pelajar walaupun sudah disekolah menengah tidak tahu beza dua perkara ini).

Fahami betul-betul apa maksud noun dan verb ini. Cari perbezaan mereka. Cari perkataan-perkataan yang dikatakan verb dan juga noun. Pendek kata, belajar betul-betul sampai anda nampak 2 perkara ini mudah sahaja. Ini yang saya maksudkan dengan bermula dengan api semangat yang kecil.

Apabila anda sudah menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu api semangat yang telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah api semangat yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk menambahkan apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagian lain pula.

Semakin banyak yang anda kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Keyakinan diri anda akan bertambah. Penguasaan anda terhadap subjek juga akan bertambah. Apabila api ini sudah cukup besar dan menyala dengan begitu berkobar-kobar, insyaallah saya percaya anda akan kecapi kejayaan yang anda idam-idamkan.

Kaedah kedua

Untuk anda menyalakan api kecil itu, anda boleh lakukan bukan sahaja dengan menguasai bahagian kecil dalam mana-mana subjek, tetapi dengan mencari apakah perkara yang boleh menyalakan api kecil dalam diri anda itu. Maksudnya begini. Pernahkah anda sedang buat sesuatu seperti menonton televisyen, bermain bolasepak, berjalan-jalan, membeli belah atau berehat, tiba-tiba sahaja anda rasa semangat anda untuk belajar meningkat. Anda jadi bersemangat dengan tiba-tiba.

Apabila itu berlaku, anda terus rasa rajin untuk belajar dan mengulangkaji. Apa yang berlaku ini ialah api semangat yang kecil itu telah menyala. Ia tidak menyala dengan sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan telah menyalakannya.

Tugas anda hari ini ialah untuk mencari apakah aktiviti yang anda lakukan yang boleh menyalakan api semangat dalam diri anda ini. Ia tidak semestinya anda mesti baca buku.

Jika anda tanya saya, api semangat dalam diri saya selalunya menyala jika saya menonton movie yang berkisahkan kehebatan manusia seperti kisah Ejen rahsia yang hebat seperti ‘The Bourne Identity & The Bourne Supremacy’ dan beberapa cerita fantasi lain. (Malu pula saya hendak nyatakan filem-filem fantasi berasaskan komik yang saya minati )

Apabila saya menonton cerita begini, saya rasa bersemangat melihat kehebatan watak-watak dalam cerita itu. Ini secara langsung menyalakan api kecil dalam diri saya. Jadi, setiap kali saya hilang semangat dan memerlukan api kecil itu, saya akan pasang vcd movie yang saya minat tadi.

Bagaimana dengan anda? Apakah aktiviti begini untuk anda? Saya perlu ingatkan bahawa pada mulanya agak sukar untuk mencari aktiviti ini tetapi jika anda teruskan usaha dan membuka mata dan minda anda, insyaallah anda akan jumpa.

Satu peringatan yang perlu saya berikan ialah, apabila anda sudah menemui aktiviti yang boleh menaikkan semangat anda atau boleh menyalakan api semangat dalam diri anda, jangan lakukan aktiviti tersebut secara berlebihan. Setiap perkara yang dilakukan berlebihan akan membawa kesan yang tidak baik.

Contohnya, mungkin anda rasa anda perlu bermain permainan komputer untuk membuat anda rasa bersemangat untuk belajar. Tidak mengapa. Tetapi, jangan sampai anda terlalu asyik bermain permainan komputer hingga anda lupa bahawa tujuan anda bermain itu adalah untuk menaikkan semangat untuk belajar, bukan untuk terus bermain.

Teknik 3

Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif

Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.

Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa.

Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”.

Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.

Kawan-kawan anda yang berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi anda untuk berputus-asa.

Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, “....dan janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”

Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus-asa. Ingat, saya kata jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.

Teknik 2

Dekati Sahabat Berfikiran Positif

Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih mudah diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif……..????

Jawapannya tentulah unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar untuk meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh.

Begitu juga dengan minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.

Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.

Jadi, cari pelajar lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya. Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak. Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. Selamat mencuba

Friday, October 26, 2007

Selingan



Salam,

Sementara saya nak upload teknik2 menghampiri peperiksaan yang seterusnya, saya selingkan dengan satu gambar lama yang kami ambil pada tahun 1990. kawan saya, sumyedzi yg emailkan petang tadi. sudah hampir 17 tahun berlalu.. tapi saya rasa seperti baru semalam saya bersama-sama rakan di sekolah Menengah Seri Menanti, Muar. Alhamdulillah, masing2 dengan kerjayanya.. ada di Petronas, Maybank, IJN, MPOB dan pelbagai lagi. Dua orang rakan kami telah meninggalkan kami dahulu. dan apa yg paling menarik.. sorang pernah bertanding dalam pilihanraya.. bakal YB... & tak kurang menariknya... sorang telah menjadi kakak ipar saya... he he.. dah tiga orang anak.. skrg kena panggil 'kakak'
Begitulah... adik2 semua.. jangan tungguh 17 tahun untuk menyesal.. sesallah sekarang... sebelum SPM..

p/s: cuba teka yg mana satu ust?? he he... handsome tak?? ... banding skrg macamana??

Ust Mokmin

Teknik 1



Kekalkan Imej Kejayaan

Teknik utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be only one dominant thought at one time).

Jadi, apa yang selalu anda kekalkan dalam fikiran anda selepas anda menghadiri kursus atau membaca buku-buku motivasi? Kebanyakan pelajar yang hilang fokus dan semangat menjelang peperiksaan telah hilang fokus kepada imej kejayaan di dalam minda mereka.

Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Mungkin anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mungkin juga anda boleh pergi jauh lagi dengan membayangkan imej kejayaan ketika anda sudah memasuki alam pekerjaan.

Untuk pengetahuan anda juga, imej kejayaan di masa akan datang tidak semestinya menjadi seorang ahli korporat. Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa pun kerjaya yang anda pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang terbaik.

Jadi, latihan untuk hari ini, fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dalam minda anda untuk terus rasa bersemangat. Ingat, jika anda tidak memilih untuk mengisi minda anda dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan imej yang akan menjatuhkan anda. Selamat mencuba.

Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan

KOMPILASI MOTIVASI & KEMAHIRAN BELAJAR
Dipetik dari: OSMAN AFFAN
(http://www.osmanaffan.com/motivasidiri.htm)

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan
______________________________________


Pembuka kata
Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.
Ada sahabat saya seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, “Pelajar yang pergi kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membara. Mereka berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kejayaan yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah….
Tetapi, habis sahaja kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angin yang bertiup, terus je diorang sejuk. Belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk. Habis, macam nak bersemangat untuk berusaha?”
Saya tergelak mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya. Kursus motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat tetapi selalunya cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?
Ada banyak sebab mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan jelas ialah, kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pelajar ketika kursus dijalankan, ia juga
selalunya membekalkan teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa bersemangat untuk berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik untuk memotivasikan diri sendiri.
Mungkin pelajar terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal mendisiplinkan diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut. Apa yang pasti, motivasi bukan sahaja datang daripada luaran tetapi yang lebih penting ialah yang datang dari dalam diri pelajar itu sendiri. Di dalam buku ini saya akan bincangkan 7 teknik untuk memotivasikan diri anda sendiri menjelang peperiksaan.

Aktiviti Syawal Mutiara Hikmah 3

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas, mutiara hikmah dijemput hadir ke rumah terbuka orang kuat program Hijrah Ilmu SPM LZS 2007. Siapa lagi kalau bukan
Ustaz Mohd Shukri bin Hushin, Ketua Unit Latihan Pendidikan LZS. Dalam majlis itu saya juga sempat berbual seketika dengan insan yang Ustaz Zulkifli Bin Haji Abd Hamid, Ketua Jabatan Agihan dan Pembangunan Ummah yang sangat komited dalam bersama mengeluarkan golongan asnaf ini daripada kepompong kemiskinan. Juga tak lupa setinggi penghargaan kepada

Saturday, October 20, 2007

Aktiviti Syawal Mutiara Hikmah 2



Assamualaikum,

4 orang peserta Program Hijrah Ilmu SPM LZS 2007 telah meluangkan masa yang panjang untuk berkunjung ke rumah saya di Bandar Bukit Mahkota, Bangi hari ini. memang panjang sbb hampir 3 jam perjalan pergi dan 3 jam pulang. Terima kasih kepada Ita, Yana, Aishah dan Wati kerana sudi ke rumah saya.
Selepas ke rumah saya, mereka sempat berkunjung ke rumah Abg Nassir yang berjiran dengan saya.
Dalam perjalanan pulang, saya membawa mereka ke kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi menyemarakkan lagi semangat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM.

terima kasih. wassalam

ust mokmin

Aktiviti Syawal Mutiara Hikmah 1




Assalamualaikum,

Sempena syawal ini, saya dan keluarga sempat singgah ke dua rumah rakan kita di meru. Rakan kita sdr Hakim dan Ridhuan telah sudi menerima kunjungan saya pada 18 Oktober yang lepas. saya sempat bertanyakan tentang trial SPM yang lepas dan persediaan menghadapi SPM mulai 12 November ini.

ust mokmin

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,

Seluruh warga Mutiara Hikmah mengucapkan selamat menyambut aidilfitri, minal aidil wal faizin. Kami mendoakan mudah-mudahkan segala amalan sepanjang ramadhan yang lepas diterima oleh Allah dan mudah-mudahan taqwa kita semua meningkat.
Maaf zahir dan batin.

Ust Mokmin

Wednesday, September 12, 2007

Ramdhan Karim

Assalamualaikum,
Ust bagi pihak mutiara hikmah, abg2 and kakak2 fasi mengucapkan ramadhan karim kepada semua. semoga segala amalan kita akan diterima Allah serta akan meningkat iman dan amal kita.

wassalam
ust mokmin

Sunday, September 2, 2007

Program Terakhir Tahun 2007

Assalamualaikum,

InsyaAllah, program terakhir bagi tahun 2007 yang dikendalikan oleh Mutiara Hikmah akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Kumpulan: Klang Kumpulan 2
Tarikh: 7-9 September 2007
Tempat: Astana Dugang Country Resort, Sg Merab Selangor

Kepada semua peserta Klang kumpulan 2, saya berharap agar semua dapat hadir. jangan sia-siakan peluang yang ada, kerana ia sangat berguna kepada adik-adaik semua. Saya berharap kepada peserta yang tidak dapat mengikut modul ke-3, agar turut serta bersama kumpulan ini.

wasslam.

ust mokmin

Sunday, August 5, 2007

Perhatian Peserta Subang

Assalamualaikum,

Perhatian kepada para peserta dari Daerah Subang (kaw Puchong, Serdang, PJ, Damansara & Sg Buloh). Program teknik menjawab soalan SPM2007 akan diadakan pada 10-12 Ogos 2007. Surat telah di Pos. InsyaALlah panggilan telefon akan menyusul. Adik-adik jangan lepaskan peluang KEEMASAN ini, rata2 rakan yang telah mengikutinya mengakui ia sangat berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti. Jumpa adik2 di sana...

Ust Mokmin
013.371.7579

Sunday, July 29, 2007

Astana Dugang 27-29 Julai 07

Salam,

Syukur alhamdulillah, adik-adik dari petaling kumpulan 1 telah menamatkan programnya tadi. Dari tinjauan saya, ramai yang berpuas hati dengan penyampian ilmu dari guru-guru pakar yang kita bawa khas untuk mereka. Banyak teknik berfaedah yang dapat digunakan - kata mereka. Saya mendoakan mudah2an ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan akhirnya memperolehi keputusan yang cemerlang dlm peperiksaan SPM 2007.


Di akhir program, semua peserta dibawa ke UKM dan sempat beramah mesra dengan kakak dan abang2 dari kolej kediaman pendeta ZAABA. banyak yang ditanya oleh peserta sehingga waktu yang diperuntukkan 3-4 terlajak sehingga 4.30 petang.. Kami memang berdoa dan berharap agar adik2 semua dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. mudah2an aura UKM dapat adik serap dan insyaAllah bakal jadi azimat untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya melanjutkan pelajaran di menara gading.. insyaAllah.


wslm
ust mokmin

Tuesday, July 24, 2007

Modul 3 - Kumpulan Petaling (27-29 Julai 07)

Salam,

Kepada semua peserta daerah petaling, Modul 3 Kursus Teknik Menjawab Soalan SPM 2007 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27-29 Julai 2007
Tempat Menunggu: 1. Masjid Negeri Selangor - 2.30 ptg
2. Masjid Nurul Ehsan Taman Medan - 3 ptg.
Tempat: Astana Dugang Country Resort, Sg Merab, Bangi Selangor


Jangan Lupa bawak kalkulator, baju kurung at least 4 pasang, baju berkolar untuk lelaki, jean tak boleh pakai (nanti jin tak ada seluar pulak he he)

Jumpa anda... jangan lupa.. ini pulang yang TIDAK BOLEH anda tinggal. semua guru pakar2 belaka.. mudah2an ada manfaat

wassalam
ust mokmin

Wednesday, July 11, 2007

Jaga 5 Terbuka Semua!!


Salam,
Pada Modul 2 yang lepas, kita sempat mendengar nasihat yang amat berguna oleh pengasas El-Azzhar Camp iaitu Tn Haji Ahmad Rafai' Abdullah. Ust pun tak baru dengar, dan sama-sama kita berazam untuk mengamalkannya supaya.. 'TERBUKA DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK KITA'
Nasihat beliau adalah;

1. Jaga Agama - jadikan agama sebagai "way of life" iaitu menjalani hidup dengan cara Islam, dari sekecil buang air kecil ke sebesar mentadbir negara dan dunia.
2. Jaga minda/ aqal - dgn ilmu dn ibadat, tidak merosakkan dengan melihat, mendengar perkara2 yang merosakkan keduanya.
3. Jaga jasmani dn rohani - jaga fizikal dan roh kita dengan mengamalkan perintah-perintah Allah.
4. Jaga Zuriat - pelihara keturunan dengan memilih isteri/ suami yg soleh/ solehah. Tn Haji kata.. "jangan carik pasangan dipasar-pasar malam"
5. Jaga harta - dpt harta yg halal dn bukan syubhat.. tidak merebut orang punya/ menghalang rezeki orang serta belanjakn dgn cara yg halal juga..

Terima kasih Tn Haji.. moga bermanfaat kepada semua.

Thursday, July 5, 2007

Jumpa Anda Di Modul 3

Salam,

Minggu ni tak berapa sempat nak memblog.. sibuk sikit dengan belajar. Baru jumpa supervisor.. dan dua-dua dapat.. komen pun dapat.. puji pun dapat. untuk modul seterusnya.. surat akan menyusul dan macam biasa kami akan telefon. jangan lepaskan peluang ini.. insyaAllah spt yang dijanjikan kami akan mendatangkan seorang yang istimewa untuk kita jadikan contoh dan tauladan.. tunggu...

Friday, June 29, 2007

Kami Di Morib Sekarang ni !!!


Salam,
Alhamdulillah sekarang ini kami bersama-sama 34 orang peserta dari daerah Petaling sedang menjalani program modul 2 Hijrah Ilmu SPM 2007. Dari riak wajah masing-masing, kami percaya 34 orang peserta ini bertekad untuk menjadi pelajar dan seterusnya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.. Tahniah kepada yang hadir !!!

ust mokmin

Thursday, June 28, 2007

Ramai juga yang datang

Salam,

emm.. x sangka ramai jugak yg visit blogspot ini.. cuma kalau dapat tu.. post la komen sikit sebanyak.. biar meriah sikit blogspot kita ni..

Ralat Dalam Modul

Assalamualaikum,

Perhatian kepada semua peserta, ada ralat dalam modul Kursus Pintar Belajar muka surat 8 dan 9. Sila Betulkan ayat alfatihah. Harap dapat rujuk al-Quran. Harap maaf..

Tuesday, June 26, 2007

Selamat Datang Kump Petaling 1 (29-30 Jun & 1 Julai 07)

Salam,

Selamat datang ke El-Azzhar Camp kepada adik-adik dari Kumpulan Petaling 1. Moga modul 2 ini akan dapat dikongsi beberapa kemahiran belajar dan menyuntik semangat kepada adik-adik untuk menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Jumpa di sana...

ust mokmin

Anugerah Anak Asnaf Cemerlang 2006 LZS


Salam,

Minggu lepas 16 Jun 2007 telah diadakan satu "Majlis Anugerah Anak Asnaf Cemerlang 2006" yg berlangsung di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Mudah2an adik Siti, Azrey, Zue, Aini, ita, fahmi, Alip.. senang cerita.. semua anak-anak didik Mutiara Hikmah akan hadir ke majlis itu tahun depan untuk terima anugerah seumpama itu.. InsyaAllah.

ust mokmin

Saturday, June 23, 2007

Klang Kumpulan 2 di Morib






Assalamualaikum,

Alhamdulillah... kami skrg di El Azzhar Camp bersama-sama peserta dari kumpulan Klang 2. Peserta seramai 28 orang ini cukup semangat mengikuti program.. dan jelas kelihatan kesungguhan dalam diri adik-adik ini untuk berubah. Moga 28 peserta ini akan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.

Thursday, June 21, 2007

Selamat Datang Kump Klang 2 (22-24 Jun 07)


Salam,

Selamat datang ke El-Azzhar Camp kepada peserta dari kumpulan Klang 2. Semua peserta diwajibkan hadir dan ust berharap adik-adik semua dapat menimba beberapa kemahiran belajar dari kursus ini, disamping motivasi untuk mencapai kecemerlangan. Jumpa di sana...

ust mokmin

Sunday, June 17, 2007

Gambar




Assalamulaikum,

Apa kabar adik Din, Sobri, Siti, ekin, P-Dah.. dan lain yg seramai 33 orang tu.. emm penat sikit la kan.. ust pun penat jugak. tapi mudah2an kepenatan kita itu Allah berikan ganjaran yang sebaiknya.
Ingat.. Niat kerana Allah, berusaha dengan teknik dan skill, berdoa dan bertawakal.. insyaAllah kita akan jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

wslm
ust mokmin

Saturday, June 16, 2007

Kami di Morib



Assalamualikum,

Pada masa ini, kami sedang menjalankan program Modul 2 (Kursus Pintar Belajar) di El-Azzhar Camp, Morib untuk peserta dari Klang Kumpulan 1. Alhamdulillah 33 peserta mengikutinya. Ucapan Tahniah kepada mereka kerana terus menunjukkan komitmen untuk cemerlang.

Kepada peserta Klang Kumpulan 2.. jumpa adik-adik semua minggu hadapan (22 Jun 2007). Nak tahu seronok ke tidak?.. tanya kawan-kawan yang telah mengikutinya.. emm "InsyaAllah mesti Best!!!"

ust mokmin

Tuesday, June 5, 2007

Modul 2 - Petaling 1




Salam Kepada semua,

Alhamdulillah, seramai 22 orang peserta telah menjalani program modul ke 2 di El-Azzhar Camp di pantai Morib. kali ini peserta didedahkan beberapa teknik untuk belajar seperti peta minda. selain itu aktiviti lain untuk berkongsi kepentingan belajar kepada semua juga diterapkan. tahniah kepada peserta dari PJ, Puchong dan Sg Buluh.
InsyaAllah kumpulan dari Klang akan turun pada 15 hb Jun nanti.

wallahualam

Thursday, May 24, 2007

Penat la

Assalamualaikum semua,
Malam ni, kami abg2 dan kakak fasi baru habis berbincang berkaitan program yang akan kita adakan tak lama lagi..

penat jugak la... nak memikirkan pasal korang ni ... he..he

abgNgah

Tuesday, May 22, 2007

Jadual Modul 2 - Pintar Belajar

Assalamualaikum,

Ust doakan mudah-mudahan adik-adik semua dalam lindungan dan kasih sayang Allah untuk terus taat mengerjakan perintah Allah dan diberikan kekuatan untuk meninggalkan larangan-Nya.

Jadual modul 2 adalah seperti berikut:

Daerah

Modul 1

(Kalumpang Resort)

Modul 2

(El-Azhar Camp, Morib)

Petaling Kump 2

20-22 April 2007

1-3 Jun 2007

Klang Kump 1

6-8 April 2007

15-16 Jun 2007

Klang Kump 2

27-29 April 2007

22-24 Jun 2007

Klang Kump 2

27-29 April 2007

22-24 Jun 2007

Petaling Kump 1

3-15 April 2007

29, 30 Jun & 1 Julai 2007



Tempat Menunggu dan masa adalah sama seperti modul pertama.

InsyaAllah, surat akan diposkan jumaat ini. Panggilan telefon bermula minggu hadapan.

Harap jika adik-adik ada kawan satu kumpulan dan bersekolah di sekolah yang sama, harap dapat maklumkan kepada mereka.

Terima kasih... dan jumpa anda di sana...

Ust Mokmin

Saturday, May 19, 2007

Lagi Pasal Gambar

Salam Semua,

Ust doakan mudah2an sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Pasal gambar.. nampaknya ramai jugak yang complaint gambar sikit je letak.. oleh kerana blogspot tak sesuai untuk hosting gambar.. so saya create satu akaun di foto hosting iaitu photobucket.com
so copy url di bawah dan paste ke url.. atau click saja di bhg pautan "gambar" di bhg kanan blogspot ini. Saya akan cuba, insyaAllah untuk upload dengan lebih banyak gambar in the future. terima kasih.

http://s191.photobucket.com/albums/z58/mutiara_hikmah2007/

ust mokmin

Tuesday, May 8, 2007

Perbincangan

Salam,

Apa khabar semua? ust harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam kasih sayang Allah.
Amacam exam? moga dapat diterangkan hati oleh Allah dan dapat menjawab sebaiknya. mungkin minggu exam ni tak sempat nak surf internet. Cuba sebaik mungkin untuk fokus kepada peperiksaan dulu, insyaAllah berjaya.

ust berharap sebarang posting yang ust hantar dapat adik2 semua bagi komen. baru meriah sikit blog kita ni.. kakak2 dan abang2 fasilitator juga diggalakkan turut serta memeriahkan lagi blog kita ni.

okey.. sampai berjumpa lagi insyaAllah.

ust mokmin

Friday, May 4, 2007

Perubahan Tarikh Modul 2

Salam semua,

Perhatian kepada peserta Petaling kumpulan 1:

Oleh kerana peperiksaan pertengahan tahun akan bermula minggu hadapan, maka program 11-13 Mei 2007 ditangguhkan ke tarikh 29, 30 Jun & 1 Julai 2007. Tempat insyaAllah tidak berubah.
Sekian untuk makluman.

ust mokmin

Pasal Gambar

Salam Semua,

Kita memang tak dapat nak upload banyak gambar di sini. Lambat la nak download. tapi spt yang telah kita janjikan.. adik2 akan dapat gambar2 tersebut di Modul ke-Dua nanti. so.. kena la datang modul dua.. baru boleh dapat.

ust mokmin

Selamat Menjalani Peperiksaan

Salam Kpd semua,

Minggu depan ni akan bermula peperiksaan pertengahan tahun. abg2 & kakak2 fasilitator mengucapkan selamat berjaya kepada semua.
sentiasa ingat dalam hati.. "tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih, berdoalah sentiasa kepada Allah agar memberikan kita kekuatan dan semangat untuk menimba ilmu dan menghadapi perperiksaan"

Good Luck & May Allah make it easy to all of you.

ust mokmin

Thursday, May 3, 2007

Petaling II : Modul I

Assalamualaikum

Alhamdulillah , sekali lagi bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre, konsultan Mutiara Hikmah dengan rahmatNya berjaya menganjurkan Program Hijrah Ilmu bagi kumpulan Petaling II modul I.

InsyaAllah moderator akan update maklumat terkini dan gambar-gambar aktiviti secepat yang mungkin walaupun telah beberapa SMS dihantar bertanyakan gambar-gambar tersebut :P Diharap adik-adik dapat bersabar dan InsyaAllah moderator akan load kan gambar-gambar tersebut seberapa segera.

Moderator
Abang Nassir

Sunday, April 15, 2007

Petaling I : Modul I

Assalamualaikum wbr
Pada 13 hingga 15 April 2007 seramai 34 peserta daripada 50 peserta menghadirkan diri untuk Program Hijrah Ilmu modul I bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre.Alhamdulillah, setiap program berjalan dengan lancar dengan setiap peserta memberikan kerjasama yang terbaik.
"Tiada yang senang untuk senang",sentiasalah ingat kepada pepatah yang diberikan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator ini.Sekarang bukan lagi masa untuk bermain-main kerana SPM sudah semakin hampir. Setiap usaha jangan dilupa juga untuk berdoa. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kami, abang-abang dan kakak-kakak fasilitator hanya berupaya menunjukkan jalan kepada peserta-peserta,selebihnya terpulanglah kepada diri sendiri. Tanamlah azam dengan tekad.
Sekian, semoga berjumpa lagi

Moderator
Abang Nassir

Monday, April 9, 2007

Klang I : Modul I


Assalamualaikum wbr

Syukur ke hadratNya, program modul I untuk daerah Klang Kumpulan 1 yang di adakan pada 6,7 dan 8 April 2007 telah selamat dijalankan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Untuk program ini hanya 34 peserta hadir daripada 50 peserta. Diharapkan setiap peserta akan mengambil faedah daripada program yang dijalankan. Setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri.Ingat, SPM sudah tidak lama lagi.Kami, abang-abang dan kakak-kakak fasilitator akan sedia membantu sedaya upaya kami.Jika ada masalah bolehlah hubungi kami di blog ini.



Kami amat berharap para peserta dari akan dapat menghadirkan diri untuk modul ke II di El Azzhar Camp,Morib.Jangan lupa untuk memberitahu kepada kawan-kawan yang tiada semasa modul 1 lalu. Rajin-rajinlah rujuk ke blog untuk makluman yang terkini :P.InsyaAllah moderator akan update segala maklumat dan gambar-gambar secepat yang mungkin.Sekian ,terima kasih.


Moderator

Abang Nassir







Thursday, March 29, 2007

Program Hijrah Ilmu SPM 2007

Syarikat Perunding: Mutiara Hikmah
Anjuran : Lembaga Zakat Selangor


Kumpulan: Wilayah Barat (Daerah Petaling dan Klang)
Jadual Kumpulan Program Hijrah Ilmu SPM Wilayah Barat - Daerah Klang





Jadual Kumpulan Program Hijrah Ilmu SPM Wilayah Barat – Daerah Petaling







Pengenalan kepada modul-modul yang bakal diikuti.

Modul 1 - RIADHAH AL-MUKMININ

Program RIADHAH AL-MUKMININ direncanakan berasaskan konsep pembangunan kapasiti ( capacity building programme ) atau program pengupayaan ( empowerment programme ). Ini kerana, program berbentuk latihan dilihat sebagai salah satu wadah terbaik untuk membina daya tahan dan resilience para peserta.

Riadhah Al-Mukminin bermaksud perlakuan aktiviti-aktiviti riadah yang memberi peluang kepada mereka menggunakan masa terluang kepada aktiviti-aktiviti berfaedah. Di dalam melaksanakan aktiviti ini mereka juga akan membentuk sikap jati diri dan keyakinan yang tinggi di hati mereka. Tanpa sifat-sifat kesungguhan dan kesediaan untuk melakukan aktiviti tersebut, seseorang itu sukar untuk menghadapi realiti kehidupan yang penuh cabaran.

Objektif Program:

1. Memupuk semangat mahukan perubahan positif secara berterusan.
2. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan perubahan.
3. Meningkatkan amalan kerohanian sebagai tunggak melakukan perubahan.

TENTATIF KURSUS RIYADATUL MUKMININ



Modul 2 : Kursus Pintar Belajar




Pelbagai usaha dilakukan oleh para guru dan ibu bapa untuk memastikan pelajar berjaya dalam peperiksaan SPM. Untuk melengkapkan usaha mereka, Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut bersama dalam merangka program yang dikenali sebagai Kursus Pintar Belajar (KPB) bagi memastikan prestasi pelajar asnaf zakat khususnya dapat ditingkatkan dan agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan bagi setiap pelajar menjadi kenyataan.

Matlamat modul ini ialah, peserta akan didedahkan cara-cara untuk hidup bekerjasama dalam kumpulan, membina keyakanan dan kepercayaan diri, dan memahami matlamat kehidupan insan. Pelajar juga akan lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan peperiksaan. Selain itu, pelajar akan diberikan pendedahan mengenai teknik dan kemahiran belajar yang dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Modul ini mempunyai dua bahagian utama iaitu Unit Umum dan Unit Kandungan/ Utama yang meliputi empat kandungan iaitu Unit I: Motivasi Pelajar, Unit II: Teknik Pintar Belajar, Unit III: Pemantapan Rohani dan Unit IV: Pemantapan Jasmani.

2.0 OBJEKTIF MODUL
Setelah mengikuti modul, peserta akan:
2.1 Memupuk keyakinan diri untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kepentingan bekerja dalam kumpulan;
2.2 Menghindari gejala-gejala negatif yang boleh merosakan diri;
2.3 Mendidik sahsiah diri menjadi insan cemerlang;
2.4 Bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan
2.5 Meningkatkan kemahiran belajar.


Modul 3 – Kursus Cemerlang Peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah peperiksaan yang besar dan penting dalam sistem peperiksaan sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Setiap pelajar pasti menginginkan keputusan yang cemerlang. Pelbagai usaha dilakukan oleh para guru dan ibu bapa untuk memastikan pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Untuk melengkapkan usaha guru, satu program ke arah meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini diadakan agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.
Matlamat modul ini ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara perkara yang dititikberatkan dalam kursus kecermerlangan akademik ini ialah pengukuhan kepada format baru cara pengujian dan penilaian bagi peperiksaan kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, serta teknik memahami dan menjawab soalan mata pelajaran wajib dan tip-tip menghadapi peperiksaan.
Falsafah yang diterapkan dalam program ini ialah “Skor A” dengan tujuan untuk merangsang pelajar belajar dengan gigih bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dan cemerlang iaitu A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil.
Sepertimana kursus-kursus lain yang terkandung di dalam modul Program Hijrah, perlaksanaan Unit II: Program Kecemerlangan Akademik ini juga direncanakan berdasarkan modul program Hijrah iaitu mengajak manusia terutamanya pelajar sekolah untuk mengubah cara pembelajaran mereka dengan kaedah yang lebih efektif untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan penting.

Melalui kupasan ceramah yang mendalam tentang format baru, cara pengujian dan penilaian bagi peperiksaan beberapa kertas pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, serta tips-tips menghadapi peperiksaan akan dapat memotivasikan pelajar untuk mempelajari dan memahami teknik pembelajaran berkesan. Ini secara tidak langsung akan mengubah sikap mereka untuk berusaha kuat dalam memahami dan menjawab soalan mata pelajaran dengan sebaiknya bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam semua peperiksaan penting.

Amalan pembelajaran secara istiqamah ini, insyaAllah akan dapat merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam semua peperiksaan. Semoga program yang dianjurkan khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah ini akan membuahkan hasil dan menepati matlamat yang disasarkan dan merubah nasib pelajar di masa hadapan.

2.0 OBJEKTIF MODUL
Setelah mengikuti modul, peserta akan:
2.1 Mendapat tips menghadapi peperiksaan secara umum;
2.2 Mempelajari teknik memahami dan menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains;
2.3 Memahami format baru kaedah pengujian dan penilaian bagi peperiksaan kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan
2.4 Skor ‘A’ semua mata pelajaran.



Senarai Nama dan Nombor Telefon Fasilitator Mutiara Hikmah




Fax: 03-89255934 / 013-3717579 email: mokmin73@yahoo.com