Wednesday, February 27, 2008

Tentang Keluarga


Adik-adik semua.. telah banyak ust dengar kisah-kisah benar bagaimana orang yang berjaya itu bekalannya adalah doa dari ibu bapa juga kisah kejayaan dan keberkatan hidup kerana menghormati, taat kepada ibubapa. Ingat tak lagi satu kisah yang diceritakan oleh Rasulullah melalui hadithnya (lihat Riyadus Salihin) tentang 3 orang pemuda yang terperangkap dalam gua.. masing2 bertawasul dengan amalan baik mereka. Salah sorang dari mereka adalah anak yang begitu taatkan ibu bapanya.. kerana saban hari, susu hasil dari ternakan pemuda ini akan dibawa pulang untuk diberikan kepada keluarganya. Pada suatu hari, pemuda itu terlewat pulang dan apabila sampai ke rumah, didapati kedua orang tuanya telah tidur. Walaupun isteri dan anaknya masih belum tidur, dia tidak memberikan susu tersebut kepada mereka kerana seperti lazimnya, ibu dan ayahnya akan didahulukan. Pemuda tersebut akhirnya tertidur dan tersadar apabila anaknya menangis dahagakan susu. Waktu itu juga ibu dan bapanya terbangun lantas diberikannya susu itu kepada mereka sebelum bakinya diberikan kepada isteri dan anaknya.. dengan keikhlasan anak ini, pintu gua terbuka sedikit.. dan seterusnya dua lagi pemuda juga bertawasul dan akhirnya pintu gua terbuka dan mereka dapat keluar dari gua tersebut dengan selamat.

Adik-adik tentu tahu bagaimana Billionaire Melayu Islam kita Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang menyerahkan gaji pertamanya kepada ibunya. Banyak lagi contoh orang yang berjaya dan berkat kerana taat, hormat dan sayangkan ibu dan bapa juga tak kurang cerita mereka yang derita dunia dan akhirat kerana derhaka kepada ibu bapanya..

Adik-adik.. berazamlah untuk taat dan kasihkan ibu dan ayah.. apa jua keadaan ibu dan ayah kita tidak melepaskan kita untuk terus taat dan kasihkan mereka.. moga ketaatan kita akan mengetuk pintu hati mereka untuk berubah menjadi ibu dan ayah terbaik..


emm yg ni gambar keluarga ust..

2 comments:

Anonymous said...

big happy family..
so sweet..
(",)

Anonymous said...

big happy family..
so sweet..
(",)